Total Pageviews

Saturday, November 27, 2010

Teaching aids ( Part 1)

2.0 Teaching aids (Part 1)

Objektif :
1) pengukuran isipadu cecair dengan menggunaan unit standard yang seragam
2) cara mengenalpastikan  paralaks dengan betul.

Bahan:


Span (Gambar 1)




baldi berisi air (Gambar 2)



kain putih (Gambar 3)



Gambar 4

Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7


Gambar 8


Langkah-langkah (High achiever)
1)      Set induksi dengan menonton video.
2)      Guru menjelaskan topik hari ini dan cara menjalankan aktiviti.
3)      Murid-murid dibahagikan 5 kumpulan.
4)      Guru akan mengagihkan radas-radas berikut kepada setiap kumpulan:
a)      Span (Gambar 1)
b)      Baldi berisi air (Gambar 2)
c)      Bikar(1leter) dalam bentuk yang berlainan dibalutkan oleh kain putih supaya tanda-tanda unit sukatan isipadu tidak kelihatan (Gambar 4, 5, 6, 7 dan 8 ) 
5)  Murid-murid dikehendaki menjalankan langkah-langkah seperti di bawah:
6)    Serapkan air daripada baldi.
7  Perahkan air sepenuhnya ke dalam bikar.
8)    Ulangi langkah 6 dan langkah 7 dalam jangka masa seminit.
9)    Guru memperingatkan murid-murid menjaga kebersihan kelas semasa menjalankan aktiviti
10)Setelah tamatnya tempoh satu minit, 5 bikar daripada setiap kumpulan dipamerkan diatas meja guru
11) 5 bikar dilabelkan dengan nama kumpulan.
12)  Semua murid dikehendaki berdiri sejauh 5 meter daripada meja guru.(Tujuannya untuk memastikan unit sukatan tidak keilihatan selepas kain putih ditanggal selepas itu)
13)  Guru menanggalkan kain putih itu supaya murid-murid dapat melihat paras air dalam 5 bikar tersebut.
14)  Berdasarkan paras air 5 bikar tersebut, setiap murid hendaklah meneka bikar yang mengandungi isipadu yang tertinggi dan terendah.
15)  Guru memberi jawapan yang sebenar dan cara membaca paralas yang betul. (Gambar 9)
16)  Beri pujian kepada murid yang mendapat jawapan yang terdekat.

Paralaks




































Langkah-Langkah (Low achiever)

1)      Set induksi dengan menonton video.
2)      Guru menjelaskan topik hari ini dan cara menjalankan aktiviti.
3)      Murid-murid dibahagikan 5 kumpulan.
4)      Guru akan mengagihkan radas-radas berikut kepada setiap kumpulan:
a)      Span(gambar 1)
b)      Baldi berisi air(gambar 2)
c)      Bikar(1leter) dalam bentuk yang berlainan  (gambar 4, 5, 6, 7 dan 8)
5)      Murid-murid dikehendaki menjalankan langkah-langkah seperti di bawah:
6)      Serapkan air daripada baldi.
7)      Perahkan air sepenuhnya ke dalam bikar.
8)      Ulangi langkah 6 dan langkah 7 dalam jangka masa seminit.
9)      Guru memperingatkan murid-murid menjaga kebersihan kelas semasa menjalankan aktiviti.
10)   Setelah tamatnya tempoh satu minit, 5 bikar daripada setiap kumpulan dipamerkan diatas meja guru.
11)  5 bikar dilabelkan dengan nama kumpulan.
12)  Semua murid dikehendaki berdiri sejauh 5meter daripada meja guru.
13)  Berdasarkan paras air 5 bikar tersebut, setiap murid hendaklah memberi jawapan bikar yang mengandungi isipadu yang tertinggi dan terendah.
14)  Guru mengambil kesempatan untuk memberitahu murid cara menonton paras air dalam bikar dan jawapan yang sebenar.
15)  Beri pujian kepada murid yang mendapat jawapan yang terdekat.


No comments:

Post a Comment